Islamis yang Dramatis: Satu Kritikan Santai

Pak Abu Tufah    31/08/2014

 

Sketsa wayang kulit ISMA (kononnya) anti parasit-Erdogan: Membuat drama murahan hiburan sekeluarga.

Krisis menteri besar Selangor telah membuka ruang yang besar bagi pendekar Melayu-Islam yang paling kuat pekikan dan lolongannya, ISMA, untuk mengkritik kumpulan pro-demokrasi dan progresif dalam PAS. Naib Presiden ISMA memanggil mereka sebagai parasit (baca di sini) kerana (dikatakan) terlalu patuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) berbanding barisan kepimpinan ulama di dalam PAS (Erdogan sebagai gelaran umum kepada anti-ulama, baca di sini). Kumpulan di dalam PAS yang ‘patuh’ pada DSAI ini juga digelar kumpulan Erdogan kerana terikut-ikut dengan cara DSAI untuk membawa konsep liberal-demokratik di dalam sistem pemerintahan (baca di sini). Di dalam link tersebut dinyatakan oleh Presiden ISMA bahawa konsep persamaan (equality) dalam ideologi liberal-demokratik disadur dengan perkataan arab menjadi ‘rahmatan lil-alamin’. Begitu juga dengan konsep kemanusiaan (humanisma) yang disadur menjadi ‘karamah insaniyah’. Walaupun disadur dengan perkataan Arab yang dengar seperti Islamik, tetapi ianya bertujuan untuk membentuk negara sivil yang di dalamnya tiada tempat untuk bangsa dan agama.

Kenapa gelaran Erdogan diberikan kepada ‘parasit’ dalam PAS ini? Jawapannya mudah, kerana Erdogan yang menubuhkan parti AKP di Turki adalah pecahan daripada gerakan Islam di bawah pimpinan tokoh Islamis konservatif Erbakan. Keluarnya Erdogan daripada gerakan Islam yang dipimpin Erbakan menimbulkan kritikan yang besar kepada Erdogan. Malah Erbakan sebagai bekas mentor Erdogan juga mengkritik keras Erdogan dan parti barunya. Erdogan ini membawa idea-idea pembaharuan yang tidak pernah difikirkan oleh gerakan Islam sebelum ini seperti (1) mengekalkan Turki sebagai negara sekular dan menolak untuk menegakkan negara Islam apabila mendapat kuasa (2) memperkukuhkan konsep negara sivil dan (3) menjadikan konsep hak asasi manusia dan kebebasan sebagai teras utama perjuangan:

“The most significant element of trust in a society is the belief of individuals living in the society that their rights and freedoms are respected. This belief is the basic strength, which puts all the social and economic dynamics in motion. Furthermore, respect for the rights and freedoms of individuals, is the basic condition for the establishment of social peace and stability, and for the acceptance of a democratic political regime by the people.

Our Party regards Ataturk’s principles and reforms as the most important vehicle for raising the Turkish public above the level of contemporary civilization and sees this as an element of social peace.” (dipetik daripada dokumen rasmi parti AKP di laman web rasmi, di sini)

Kesimpulannya, ISMA seolah-olah anti kepada DSAI dan ‘pengikut’-nya kerana terpengaruh dengan ideologi humanisma barat yang memberikan hak sama rata kepada rakyat seperti dijamin oleh hak asasi manusia di dalam negara sivil. ‘Pengikut’ DSAI di dalam PAS pula digelar sebagai parasit atau juga Erdogan.

Tetapi, tahukah anda pembaca yang dihormati, semua di atas adalah wayang semata-mata. Apabila Erdogan memenangi pilihanraya presiden, Abdullah Zaik mengatakan begini kepada Erdogan:

“Saya percaya dengan kekuatan yang dimiliki Erdogan sebagai peneraju utama dunia Islam, lebih-lebih lagi untuk berdepan dengan tekanan kuasa barat ketika ini, ” (dipetik daripada laman web rasmi ISMA, di sini)

Jikalau Erdogan di Malaysia dikutuk sebagai parasit dan juga lebih ekstrem sebagai munafik haraki kerana menolak kepimpinan ulama, di Turki Erdogan dipuji-puji. Lihat saja gambar keterujaan dapat berjumpa dengan tokoh AKP, Ahmet Davutoglu yang dilantik menjadi Perdana Menteri menggantikan Erdogan:

"Eh eh eh tunggu aaa, ana nak selfie juga. Caakkkk!"

“Eh eh eh tunggu aaa, ana nak selfie juga. Caakkkk! Ngeee~”

Malah lebih menghairankan lagi, juak-juak ISMA memberikan Erdogan (di Turki, bukan yang di Malaysia) gelaran Islamis dan mengharapkan Erdogan mendapat “absolute power” agar dapat mengubah institusi ketenteraan dan kehakiman (baca di sini). Agaknya itulah agenda ISMA tatkala bertanding pilihanraya, agar mendapat “absolute power”; suatu keadaan yang sangat menakutkan jikalau kumpulan berideologi ekstremis sebegini benar-benar mendapat kuasa tanpa batasan.

Jadi, kepada para pembaca yang budiman, janganlah termakan sangat dengan dakyah orang bermuka-muka begini. Sekejap dikatakan Erdogan itu liberal-demokratik dan menentang Islam dan sekejap pula Erdogan dikatakan harapan orang Islam.

 

p/s: Aduhai Islamis, bilakah tibanya kemakmuran pemerintahan Islam yang dijanjikan-mu jikalau engkau bermuka-muka sentiasa? Semoga pembaca budiman selamat memerdekan diri dari projek pembodohan Islamis rasis perosak agama

 

Pak Abu Tufah merupakan seorang pemerhati dan pengkritik permainan wayang-kulit politik Malaysia. Beliau merupakan penulis tamu di STRATA Consulting.

 

 

 

 

Advertisements

8 thoughts on “Islamis yang Dramatis: Satu Kritikan Santai

    • ISMA = PERKASA = Pekida = Unit amal wala’ geng ulama UG

      Samseng melayu taik kucing. Fikrah bodoh tipu org kampung utk bolot kuasa kpd geng ulama melayu rasis. Nk jentik bangsa lain konon. Perosak bangsa lagi adala. Bila dpt undi songlap balak kawen 4 kt siam. Bawa kemajuan tak reti. Sekarang nk gabung dengan umno yg dh tipu rakyat sejak merdeka. Bodo! Agaknya islam ni setakat ceramah lawak bodoh lucah dlm masjid ja. Pegi mati isma

  1. Bedoloh zaik nok g aja pok turki tu assobiyyah la. Pok turki sekular tu mano tau assobiyah ni buleh menney ko isley. Wahahaha. Bodo la zaik ni. Wak malu ko ore kapung. Konon anti liberal tp g turki gebah idung2 buleh sale nge ore liberal.

  2. Lah zaik ni mmg kaki belit. Dulu org jadikan dia fulltimer bayar gaji suruh dia tgk tarbiyyah luar negara, dia pegi doktrinkan bebudak tu assobiyah melayu dan burukkan jemaah jim. Pastu keluar dari jim rampas harta jamaah. Pastu bodohkan bebudak isma totok duk cakap anwar liberal. Ramai tokoh pas juga dituduh liberal dan diberi label parasit. Kat tempat aku duduk kt gombak ni habis jahanam pas sbb geng ulama serban besar berusaha keras pecahkan pas n nk join umno. Terima kasih isma pembelit pemecah belah jamaah.

  3. Celaka ikram ni. Tak paham cara politik kami lain kali tabayyun dulu. Semua org tentang kami itulah tanda kami ghuraba kami betul. ISMA sahaja harapan penyelamat melayu islam kt msia neh. Kalo xdak kami habis kalimah Allah kena jual org islam semua murtad kena dakyah kristian dapig n anwar al juburi.

  4. Pernah mengikuti forum seorg org kuat isma mesir dlm gambar diatas. Sewaktu hampir pilihanraya turki yg lepas dikatanya erdogan diambang kejatuhan krana mencampur yg haq & batil. Kritikan dibuat pula pada morsi Katanya seolah2 morsi & ikhwan talbisu alhaqqu bil batil..klu anda membaca msg ni org yg dimaksudkan muhasabah lah..Dan tawaduklah..jgnlah anggap anda dan kumpulan anda sahaja yg betul. Dan please..konsisten sikit. Klu anda menafikan Cuba igt balik forum tentang kejatuhan morsi. WA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s