Islamis yang Dramatis: Satu Kritikan Santai

Pak Abu Tufah    31/08/2014

 

Sketsa wayang kulit ISMA (kononnya) anti parasit-Erdogan: Membuat drama murahan hiburan sekeluarga.

Krisis menteri besar Selangor telah membuka ruang yang besar bagi pendekar Melayu-Islam yang paling kuat pekikan dan lolongannya, ISMA, untuk mengkritik kumpulan pro-demokrasi dan progresif dalam PAS. Naib Presiden ISMA memanggil mereka sebagai parasit (baca di sini) kerana (dikatakan) terlalu patuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) berbanding barisan kepimpinan ulama di dalam PAS (Erdogan sebagai gelaran umum kepada anti-ulama, baca di sini). Kumpulan di dalam PAS yang ‘patuh’ pada DSAI ini juga digelar kumpulan Erdogan kerana terikut-ikut dengan cara DSAI untuk membawa konsep liberal-demokratik di dalam sistem pemerintahan (baca di sini). Di dalam link tersebut dinyatakan oleh Presiden ISMA bahawa konsep persamaan (equality) dalam ideologi liberal-demokratik disadur dengan perkataan arab menjadi ‘rahmatan lil-alamin’. Begitu juga dengan konsep kemanusiaan (humanisma) yang disadur menjadi ‘karamah insaniyah’. Walaupun disadur dengan perkataan Arab yang dengar seperti Islamik, tetapi ianya bertujuan untuk membentuk negara sivil yang di dalamnya tiada tempat untuk bangsa dan agama. Continue reading