Aplikasi Assobiyyah dalam Pemeliharaan Hegemoni

*artikel asal telah diterbitkan di laman web The Malaysian Insider melalui link ini dan dipromosikan di STRATA Consulting

 

M A Ariffin 13/05/2014

Dewasa ini, media utama mahupun media alternatif sering melaporkan detik-detik konflik dan ketegangan yang merisaukan. Rakyat dihidangkan dengan ancaman demi ancaman berbaur perkauman mahupun konflik antara agama.
Perkara ini adalah suatu simpton-simpton awal yang mampu membawa kepada ketidakstabilan yang lebih meruncingkan. Ketika negara ini kian pesat membangun, krisis dalaman telah mengganggu gugat fokus negara daripada pembangunan ekonomi kepada penyediaan solusi untuk menangani krisis ini. Ternyata ketegangan dan konflik adalah faktor penyumbang yang meruntuhkan hegemoni negara.
Dalam magnus opusnya, Ibnu Khaldun pernah memberikan suatu refleksi yang ajaib apabila mengulas ayat dua daripada surah al-Mulk. Ibnu Khaldun berpendapat bahawa fenomena konflik dan ketegangan adalah lumrah dalam peradaban manusia yang dinamik. Continue reading

Advertisements

RasISMA, Apartheid dan FasISMA: Perspektif Sejarah Quranik

Dr. Azam Che 28/05/2014

 

 

Virus RasISMA Menyerang Malaysia

Akhir-akhir ini kedengaran riuh ribut seruan pemecah belah masyarakat majmuk Malaysia, yang dimulakan oleh satu kumpulan dan disambut dengan cemuhan dari kumpulan yang lainnya. Jikalau diperhatikan media perdana mahupun media sosial, dapat difahami ianya bermula tatkala satu kumpulan Nazi-Melayu -meminjam istilah dari novelis Faisal Musa- mengecam bangsa selain dari bangsa Melayu sebagai penceroboh, dibawa oleh British untuk membuat kacau di tanah Melayu ini. Lantas membuatkan satu urgensi agar persoalan bangsa dan kewarganegaraan dibincangkan di ruang pemikiran terbuka. Dalam ruang akademik selalunya dibezakan antara ras, kaum etnikdan bangsa. Ras menggambarkan identifikasi seseorang berdasarkan fizikalnya yang dinasabkan secara kepada sesuatu etnik. Etnik atau juga kaum pula menggambarkan sekumpulan manusia yang berkongsi nilai sejarah dan kebudayaan. Manakala bangsa pula adalah tingkatan lebih tinggi lagi dari definisi etnik dimana ia mengandungi juga aspek perkongsian aspirasi malah ada sesetengah mengatakan persamaan agama. Lalu pelbagai persoalan timbul dan konteks masyarakat majmuk di Malaysia, contohnya adakah wujud bangsa Malaysia -selepas diwujudkan Malaysia sebagai sebuah negara- yang menyatukan semua etnik? Adakah semua etnik di Malaysia condemned untuk terus berada dalam kitaran kebencian antara satu sama lain? Apakah isu ini wujud akibat dari pertembungan -budaya/politik/agama/ekonomi- antara bangsa Melayu dan selain Melayu? Dan pelbagai lagi soalan yang boleh dibincangkan selain dari di atas.

Saya sendiri cenderung untuk menggunakan perkataan ummah atau citizenship yang menghuraikan keterikatan pelbagai suku, etnik dan bangsa di dalam satu negara; selari dengan artikel saya sebelum ini yang membincangkan tentang konsep Ummatan Wahidah (ummah yang satu) yang Rasulullah s.a.w. gunakan dalam Piagam Madinah semasa ditubuhkan sebuah negara yang religiously and ethnically diverse. Dalam piagam tersebut, Rasulullah mengatakan suku Quraisy (yang berhijrah ke Madinah), suku Aus (asal Madinah), suku Khazraj (asal Madinah), dan lebih kurang sepuluh suku dari bangsa Yahudi (asal Madinah) disatukan dibawah nama Ummah Wahidah, sebagai warganegara Madinah. Penggunaan perkataan ummah dalam konteks Malaysia bagi saya lebih sesuai kerana persoalan etnik, ras dan bangsa adalah persoalan yang selalu dianggap sensitif dan mereka yang membicarakan tentang persoalan ini boleh dengan mudah dianggap sebagai rasis. Sepertimana istilah liberal yang dengan mudah dilabelkan kepada sesama Islam untuk menggambarkan kesesatan, istilah rasis atau kadang-kadang cauvinis, dilemparkan sewenang-wenangnya oleh kumpulan Nazi-Melayu kepada kumpulan yang mempertahankan hak kaum mereka; padahal Nazi-Melayu itu sendiri penuh dengan kebencian dan prejudis perkauman. Continue reading