Indahnya Daerah Itu, Namun Terpinggir Mundur

Am Sam 08/04/2014

 

Suasana mendamaikan, redup mendayu tiupan angin pesisir sungai Balingian. Pertama kali menjejak bumi ini dalam hidupku. Terkenang seketika kampung halaman yang hampir hening yang sama. Mengimbau keramahan penduduknya yang murah senyuman dan sopan menyapa. Kehadiran terasa sangat dihargai dan dialukan dalam kampung seindah namanya. Itulah istimewanya daerah kecil Balingian.

Masih juga terfikir diriku, dari mana usulnya nama Balingian. Kalau menerjah seketika, tentu ada susur jalur sejarahnya memperoleh nama. Tidak mampu dititipkan kerna tiada kesempatan untuk mengejar bingkisan sejarahnya. Insha Allah, ku yakini akan ku temui kembali Balingian suatu episod nanti.

Demografi masyarakat yang menaungi kaum Melanau, Iban, Cina dan juga Melayu. Gabungan demografi yang menarik mewujudkan citra warna warni. Keramahan serta kesantunan masyarakat yang sempat digauli sudah pasti wujudnya rahsia besar terbentuknya budaya sebegini. Bagaimana adunan istimewa ini mewujudkan masyarakat harmonis.

jambatan balingian

Pembentukan budaya harmonis suatu resipi yang berharga. Ia perlu dikekalkan bagi memastikan kelestarian bumi Balingian. Jauh dari sudut itu dalam mengimbangi keharmonian perlu juga melihat realiti sosioekonomi masyarakat. Nyata, ia perlu seimbang dalam segenap segi. Namun, nyata ia tidak terlihat seimbang di Balingian. Pengalamanku seketika meninjau dan menyantuni Balingian terlalu jauh perbandingan pembangunan yang dapat dilihat. Cukup runsing dan risau melihat ketidakseimbangan ini. Walau gah dinyatakan kawasan Balingian dan Mukah khususnya terangkum dalam kawasan pembangunan SCORE. Ini mungkin realiti yang mengejutkan. Seolah Balingain terpinggir jauh dari sudut pembangunan. Merisaukan, ia turut menggugat pembangunan masyarakat. Sudah tentu sekali keseimbangan pembangunan masyarakat berpaksikan keTuhanan yang akan menjadi adunan terbaik.

Kerap dilaungkan pimpinan negeri mengenai idea politicing of development yang meresap masuk ke setiap corong radio dan televisyen. Jujurnya, ukuran politicing if development masih lagi jauh untuk dirasai segenap rakyat Sarawak. Malahan kawasan penulis sendiri terlalu jauh merasai pembangunan berbanding segala janji dan retorik pemerintah. Suatu konotasi yang memerlukan empati bersama. Denyutan nadi kepayahan & penderitaan rakyat suatu yang mencemaskan. Impaknya generasi masa depan terus teraniaya tanpa kepedulian kita.

pasar balingian

Mungkin ini sekilas suara hatiku mengimbau perjalananku di Balingian. Insha Allah titipan pengalaman dan denyutan nadi rakyat Balingian akan terus ku terjemahkan dengan tinta. Semoga Allah berikan kekuatan.

 

 

En. Am Sam ialah penulis dan pemikir bersekutu di STRATA Consulting, sebuah badan advokasi dan pemikir dengan pengkhususan kajian strategic dan analisa unjuran. Beliau merupakan juga merupakan Sarawak Correspondent untuk STRATA Consulting. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s