Surat Terbuka kepada Pimpinan dan Penyokong Pakatan Rakyat berkenaan Hukum Hudud

Dr Azam Che 15/04/2014

 

Pas dan Hudud

Parti politik komponen utama Pakatan Rakyat, PAS, ternyata berpegang teguh dengan objektif perjuangan mereka sejak zaman berzaman, yakni ingin melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia. Ini jelas di dalam laman web rasmi mereka yang mengatakan, PAS mempunyai tujuan:

“Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”

Sekitar pada tahun 2008 PAS mula menukar strategi dan melaung-laungkan motto Negara Berkebajikan. Konsep Negara Berkebajikan ini dikukuhkan lagi apabila PAS melancarkan buku ‘Negara Berkebajikan: Tawaran PAS’ pada 2011 yang dimuatkan di dalam buku Jingga sebagai manifesto bersama PAS, PKR, dan DAP di dalam Pakatan Rakyat. Pada waktu tersebut parti PAS dilihat seolah-olah mula meninggalkan agenda utama mereka dan dituduh berkompromi dengan parti lain demi memenangi lebih banyak kerusi.

Namun begitu, PAS terutama di Kelantan masih lagi bernostalgia dengan perkataan hudud. Apa tidaknya, hudud sudah begitu hampir dilaksanakan apabila pada tahun November 1993, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang bersidang telah meluluskan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud). Ia merupakan satu kejayaan politik dan moral yang besar bagi aktivis PAS terutamanya dan ahli gerakan Islam umumnya. Continue reading

Advertisements

Indahnya Daerah Itu, Namun Terpinggir Mundur

Am Sam 08/04/2014

 

Suasana mendamaikan, redup mendayu tiupan angin pesisir sungai Balingian. Pertama kali menjejak bumi ini dalam hidupku. Terkenang seketika kampung halaman yang hampir hening yang sama. Mengimbau keramahan penduduknya yang murah senyuman dan sopan menyapa. Kehadiran terasa sangat dihargai dan dialukan dalam kampung seindah namanya. Itulah istimewanya daerah kecil Balingian.

Masih juga terfikir diriku, dari mana usulnya nama Balingian. Kalau menerjah seketika, tentu ada susur jalur sejarahnya memperoleh nama. Tidak mampu dititipkan kerna tiada kesempatan untuk mengejar bingkisan sejarahnya. Insha Allah, ku yakini akan ku temui kembali Balingian suatu episod nanti. Continue reading

Ineu Dengah? [Apa khabar?]

Fakhrul Ezam 08/04/2014

 

Tiba di simpang tiga. Ke kanan menuju Balingian. Ke kiri menuju Mukah. Tersergam gah poster calon DUN PRK Balingian, Haji Abdul Jalil Bujang dan ADUN PKR yang lain. Tidak pernah sama sekali aku mengambil langkah ke kanan.

poster keadilan balingian

Tersergam indah di simpang tiga, poster pimpinan Parti Keadilan Rakyat.

33 KM demikian tertera pada papan tanda di bahu jalan. Aku diasak untuk memandu terus ke Balingian. jauh kerana ini pertama kali ku menerjah jalan ini. Melalui ladang sawit, hutan simpan dan tersergam gah sebuah kilang besar arang batu di kanan jalan menuju Balingian. Jalannya lurus, tiada banyak kenderaan, sekali sekala bertemu poster dan bendera parti politik di bahu jalan. Continue reading

Ijtima’ Liberal Prihatin Masa Depan Muslim [16-18 Mac 2014]

Diterbitkan sebagai sebahagian dari siri Sekolah Liberalisma 

Muhammad Al-Mahdi      07/04/2014

 

 

“Jadikanlah liberalism itu seperti hobi anda (watak dalam kehidupan), kerana selalunya anda akan lebih mahir dan berjaya dalam hobi anda”

-Bapa liberal turki, Dr Attala-

 

Menghadiri sebagai peserta selama 3 hari dalam wacana intelektual anjuran Istanbul Network for Liberty  3rd Annual Conference buat julung kali bagi saya di Istanbul amatlah bermakna. Ia bagaikan sebuah kalung penghormatan untuk duduk semeja dengan intelektual libertarian dari seluruh Asia-Eropah . Kendatipun peribadinya saya, masih terasa perbezaan antara libertarian dan neo-liberalism tetapi sesungguhnya mereka masih bersaudara, perbahasan antara keduanya adalah didasari kebebasan bersuara jua. Pesertanya terdiri dari aktivis kebebasan dan hak asasi, para ahli ekonomi , ahli sejarah , ilmuan politik dan beberapa pelajar terpilih . Dijemput dari benua Amerika, Eropah dan Asia seperti Bosnia, UK,  Tunisa, Pakistan, Washington, Morocco, Mesir, Malaysia, Afghanistan, dan lain-lain. Tema kali ini adalah Values and Institutions of a Free Society in mainly Muslim Countries (Nilai dan institusi kebebasan sosial dalam kebanyakkan negara Muslim). Diadakan di Ottoman Legacy Hotel bertaraf 5 bintang.

ijtimak liberal2

Hari pertama dirasmikan oleh Dr Azhar Aslam pengerusi Istanbul Network for Liberty. Kemudiannya pembentangan sulung dibuka oleh Prof. Dr. Mustafa Acar, Aksaray University Turki dengan provokasi minda , melontar idea untuk mula memandang dan berkiblatkan pemikiran ahlul rayyi yang dipelopori oleh aliran muttazilah dan Imam Hanafi. Beliau membezakan antara reason dan rational. Cabaran ini adalah bagi membuka jalan penyelesaian kepada kerelevenan Islam dan muslim agar tidak lagi menjadi literalis dan tersangkut di zaman unta. Konflik yang kita hadapi harus ditangani sebagi wira alam . Muslim harus lebih inovatif dan perdajalkan slogan bi’dah yang dimanipulasi oleh sesetengah pihak tanpa menyesuaikan ia dengan realiti kontemporari kerana pertembungan budaya intelek Muslim Parsi, Romawi, Hindi dan ketololan Muslim Arab. Prof Azhar Aslam kemudiannya memberi 3 teras untuk direformasi agar diselarikan  dengan era ini adalah (1)- keharmonian antara agama dan hak individu, (2)- kerasionalan ekonomi negara muslim, (3)- keamanan global dengan membantu negara Muslim kerana baginya barat yang sebelum ini melalak bagai jagoaan sebenarnya hanya bertopeng bahkan tidak langsung menghiraukan perihal keamaman dan kebebasan di bumi Muslim. Continue reading