Kebebasan : Liberalisma dan Islam

Diterbitkan sebagai sebahagian dari siri Sekolah Liberalisma 

Muhammad Al-Mahdi      31/03/2014

 

Persoalan samada zaman mengikut islam atau islam mengikut zaman terkadang menyinggah menjadi permainan minda kita. Namun kita acapkali gagal menemukan kerelevenan islam terutama disaat-saat sukar ini. Kita menjadi hairan diantara teks-teks dan realiti zaman sering bertentangan sehingga kita termangu di atas agama naluri (fitrah) ini dan garis-garisnya (syariat). Kita menjadi hairan disaat kebebasan-kebebasan kita disekat atas nama agama sedangkan manusia itu diciptakan bebas. Kita bak seekor angsa yang dibesarkan oleh itik, tidak kenal kemampuan sumber literal kita yang maha kaya.

Skeptikal antara kebebasan dan islam sering menjadi pandangan buruk barat. Lebih sadis ummat islam sendiri yang rigid terhadap naluri manusiawinya. Walhal secara fitrahnya tiada manusia yang suka terbelenggu. Sebaliknya setiap pembongkaran dan perjuangan terhadap naluri ini dianggap sesat dan liberal. Jesteru saya mencadangkan kita meneliti semula makna liberalisma yang menjadi wirid para penceramah dini hari dan ayuh kita lalui proses emprikal semula secara jujur keatas teks-teks agama sakral lagi fitrah ini. Apakah itu liberalisma, kebebasan dan islam, inilah yang harus kita telanjangkan kemudian kita adili keserasiannya dengan akal seperti yang disebut peranannya oleh cucunda Rasulullah saw, Ja’far Shodiq ” Akal adalah dalil seorang mukmin. Dan petunjuk bagi orang mukmin.” dan sebagai alq mustafid oleh Imam Ghazali.

Liberalisma

Continue reading

Advertisements

Rukun Iman ke 7: Beriman kepada Teori Konspirasi

Dr Azam Che 30/03/2014

Al-Facebook dan Al-Twitter sebagai Wahyu Moden

Peristiwa kehilangan secara misteri MH370 yang sudah lebih dari 20 hari membuka seluas-luasnya ruang gosip, kritikan dan prasangka di dalam medium sosial Facebook dan Twitter. Sesetengahnya menjadikan kedua-dua medium tersebut sebagai sumber berita, ilmu dan wahyu dimana apa sahaja yang dibaca dijadikan sandaran dan dipercayai sepenuhnya. Jikalau Facebook mendapat $1 setiap kali status konspirasi mengenai MH370 dikongsikan, mungkin Facebook boleh menambah beberapa ratus juta dalam pendapatan tahunannya. Pelbagai teori muncul dari yang mempunyai beberapa kebetulan sehinggalah kepada yang bersifat mengarut dan terlalu kreatif. Di dunia Islam tentunya Amerika/Israel/Eropah adalah watak jahat utama dalam pelbagai versi teori-teori yang ada.

Disebalik kejadian MH370, terjadi pula peristiwa mahkamah menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong Ikhwan Muslimin dalam masa dua hari sahaja. Sudah pasti, teori konspirasi makin bertiup kencang mengaitkan As-Sisi dengan agenda Zionis sebagai ‘pemerintah utama dunia’. Apa-apa perkembangan atau peristiwa yang terjadi, hampir kesemuanya boleh dikaitkan secara pemikiran konspirasi dengan watak jahat tersembunyi di belakang tabir. Bagaimana menghadapinya? Bagaimana menentukan apa yang boleh dipercayai dan apa yang tidak? Atas persoalan inilah artikel ini ditulis.

 

Mental yang ‘Mental’

Mempercayai teori konspirasi ini merupakan penyakit sejagat. Jikalau ada benda yang boleh menyatukan manusia keseluruhannya, maka terbukti salah satu daripadanya adalah sifat saling berprasangka antara satu sama lain. Setiap manusia akan berprasangka yang bukan-bukan dan takut akan perbuatan jahat manusia lain ke atas dirinya. Teori konspirasi ini pada awalnya berpunca dari millieu masyarakat Barat yang semakin kehilangan liberty mereka akibat dari pembolotan kuasa oleh pemerintah bergaya Big Brother. Ia kemudiannya diimport dengan pengubahsuaian oleh masyarakat dunia keseluruhannya. Ibarat seluar jeans yang mula dipakai di Amerika diadaptasi oleh masyarakat dunia sesuai mengikut potongan badan masing-masing. Walaubagaimanapun, teori konspirasi yang terhasil dari wacana pemikiran dunia Islam adalah menjadi tumpuan artikel ini. Lebih spesifik lagi, dunia Islam dalam versi Melayu Malaysia. Continue reading

Baling Saja!

Dr A Z Zul 26/03/2014

Balingian adalah sebahagian daripadanya! Pendidikan Malaysia yang serba tak kena.

Ekonomi, pendidikan dan kesihatan adalah tiga instrumen penting yang menjadi petunjuk pembangunan sesebuah negara dan masyarakat. Ketiga-tiga elemen ini juga menjadi kunci kepada kemenangan parti-parti politik di negara-negara yang matang sistem politik demokrasi, di mana garis jalur manifesto parti akan dirangka untuk memenuhi keperluan rakyat.

Krisis Pendidikan?

Adalah kejutan yang tidak mengejutkan apabila Dr Frederico Gil Sander, seorang ekonomis senior di Bank Dunia memberikan kenyataan bahawa kualiti rendah sistem pendidikan Malaysia adalah lebih membimbangkan daripada kadar hutang isi rumah Malaysia. Kenyataan yang dibuat pada siri Global Malaysia yang dianjurkan oleh Program Transformasi Ekonomi, adalah berdasarkan ujian penilaian prestasi PISA 2012 di mana daripada 65 buah negara, Malaysia menduduki tangga ke 52. Lebih menyedihkan lagi apabila Dr Frederico menyatakan bahawa murid-murid luar
bandar Vietnam (yang menduduki tangga ke 17) adalah lebih baik daripada murid-murid Malaysia pada ketika Menteri Pendidikan menyatakan bahawa kualiti pendidikan Malaysia adalah lebih baik daripada Amerika.

Continue reading

Kajang : Satu Godaan Untuk ISMA?

The Satay Kajang Fiasco Series

Dr. A Z Zul

Kehangatan PRK Kajang semakin menyengat melebihi kepanasan kemarau dan cuaca kering. Ibarat cucuk satay yang disapu minyak diletakkan di atas api yang marak membara apabila dikipas kencang. Bermula dengan krisis antara PKR Selangor, perletakan jawatan ADUN Kajang dan pengumuman DSAI untuk bertanding menjadikan Kajang sebagai lokasi strategik yang perlu diberikan perhatian oleh politikus yang bercita-cita besar.

Zaid Ibrahim bijak melihat peluang dan terus mencabar DSAI. BN pula kelihatan mempunyai strategi sendiri apabila tetap meletakkan calon berbangsa Cina, Ma Fun sebagai harapan mereka di Kajang. Strategi yang agak pelik kerana di Kajang, demografik yang paling tinggi semasa PRU 13 adalah dari bangsa Melayu dan demografik ini paling pantas berkembang jumlahnya.

Dimana pembela Melayu Sejati?

Persoalan yang sering ditanya oleh sebahagian penduduk Kajang ialah “Adakah PRK Kajang akan menyaksikan persaingan baru dari aliran “Pejuang Melayu Islam” yang mana ISMA adalah kumpulan paling menonjol dari aliran tersebut? Bacaan dan analisis kami di STRATA yakin ISMA tidak akan mensia-siakan peluang yang besar ini dan tergoda untuk masuk gelanggang meletakkan calon mereka berdasarkan kepada 7 logik berikut, bak kata P.Ramlee, ‘cobaaan’ Continue reading